Wednesday, June 22, 2011

Ujian Pemanduan Jalan Raya JPJ

I got Perodua Viva for my Ujian Jalan Raya JPJ. Jangan jeles nyah! :D
Pegawai JPJ tu lambat gila nak masuk kereta sampai aku nak tertidur tunggu dia. Haih!


Hamboih tajuk tak nak kalah. Nak jugak feel feel macam headlines kat surat khabar Metro Ahad. Nak jugak feel feel keluar kat front page. Nak jugak. Nak jugak tak kira!

Ok dah. Cukuplah men-sawankan diri. Mari dengar pengalaman Akak Yasmin pasal ujian jalan raya dengan litar JPJ. Apa yang kena buat masa ujian JPJ tu, apa yang tak boleh buat masa Ujian JPJ tu. Tapi akak Yasmin korang ni belasah aje. Boleh buat ke, tak boleh buat ke ada aku kisah? Yang penting aku dapat lesen. Lesen P pon lesen P lah. -.-"

Hai, saya Yasmin. Saya dapat Viva masa test JPJ. Ok dah tu je kbai.
Motif?

Alhamdulillah dapat jugak aku lesen setelah hampir 2 tahun menunggu. Cik Yat cakap, "Orang lain buat lesen 2 bulan dah siap." Aku ni sampai 2 tahun tak siap-siap. Siap nak buat pulut kuning kalau aku dapat lesen nanti noksss! Melampau benor Cik Yat ni tau. Nak buat pulut kuning konon, Gulai Lemak Udang tu pun berkurun baru aku boleh rasa. Apa cer?

Mula-mula aku takut jugak. Maklumlah orang cakap, "kalau kita terlalu mengharap sangat nanti, tak dapat pulak". So aku try untuk chillax chillax je dulu. Kalau ada rezeki ada lah, kalau tak ada pun tak apa. Aku redha. *Uwah bukan main lagi ayat aku noks! Paling ali takut Ujian Bukit JPJ. Memang seram gila masa nak mula tu. Entah lah, aku rasa macam tak boleh je. Kau bayangkan lah, aku belajar kat bukit lain, masa test bukit lain yang totally different. Macam mana nak agak?


Bukit yang digeruni kat hujung sana.
Entah macam mana makhluk berbaju putih tu boleh parking depan camera aku masa tengah syok snap snap gambar. Chiss!


Macam macam dugaan yang datang sepanjang aku nak dapat lesen. Tu belum masuk lagi yang azab aku kena dengar Ceramah KPP Free sampai 10 Jam. Kau ada? Siap kena ambik Ujian Undang-Undang yang komputer tu sampai dua kali. Kisahnya? Aku punya validity lulus masa mula-mula ambik yakni 1 tahun dan tamat. Pfftt.

Apa-apa pun aku rasa bersyukur sangat hari tu. Mungkin rezeki aku kot. Bayangkan masa last-last nak tamat Ujian jalan Raya dengan JPJ tu, boleh pulak enjin ter-mati. Adoih saje je kan. Ikuti situasi kami sebelum aku di-LULUS-kan.

Pegawai JPJ : Erk, mati enjin? *muka tak percaya*
Yasmin yg baikhati : EH? Sori sori Puan. *dengan harapan maafku diterima*

****************************
Sampai kat Litar semula. Siap parking semua.

Pegawai JPJ : Sepatutnya awak tak lulus ni. Sebab enjin mati tengah jalan.
Yasmin yg baikhati : Oh ye ke. Sorry sorry sorry. *sambil buat gaya lagu KPOP tu, sape ntah nyanyi*
Pegawai JPJ : Tapi saya dah siap tulis borang semua, takpe lah. Kira lulus je lah.
Yasmin yg baikhati : Oh ye ke? Terima kasih Puan. *buat muka paling bersyukur*

Konklusi : Alhamdulillah :)


Nah, buat tatapan korang. Muka-orang-dah-lulus-ujian-JPJ-dengan- jayanya.

BABAI.


2 love(s):

e'ka zulaikha said...

waaaa...bagus2..tahniah la ye..Puan rupanye..hengat ke abang JPJ..hehehe

Budak Giler Cadbury said...

dlu time nina amek pon mati enjin tp lulus sbb JPJ tu baik :)

 

Template by Best Web Hosting