Wednesday, March 2, 2011

Panduan Ujian MEdSI

Buat pengetahuan korang semua yang DAH TAHU dan aku yang BARU TAHU ni, meh laa kita berkongsi sikit panduan ujian MEdSI ni kan. Macam biasalah, kalau bab bab interview ke, ujian ke memang dah jadi lumrah orang Melayu macam ni untuk rasa takut. Hihi :)

"KITA" yang dok tunggu tunggu cuti Asasi enam bulan ni, rajin rajinkan laa diti tengok Panduan Ujian MEdSI ni haa. Bukan susah pun. Apa-apa pun, terima kasih kat SINI.

PANDUAN UJIAN MEdSI

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.
  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).
Kalau korang rajin, boleh la google soalan contoh MEdSI ke apa kan? Nak lagi best sila beli buku MEdSI kat Popular, MPH bersepah-sepah. Kutip jea (nipu sokmo!).

BABAI.***Nightmare jawab Munsyi kejadah tu pun tak ilang lagi nyah! :D


____________________________________________________
Related searches : Ujian MEdSI, peperiksaan MEdSI, temuduga MEdSI, tips menduduki ujian MEdSI 2011, panduan menduduki MEdSI 2011, MEdSI, MEdSI 2011, MEdSI test, MEdSI exam, MEdSI panduan rasmi, tips temuduga dan ujian MEdSI, MEdSI ujian contoh, contoh soalan MEdSI, Semakan ujian MEdSI, medsi 2010, keputusan medsi, soalan medsi, temuduga medsi, buku medsi, ujian medsi, medsi interview, malaysian educators selection inventory medsi, Semakan Panggilan Ujian MEdSI, Panduan Ujian MEdSI

1 love(s):

e'ka zulaikha said...

30 April? Arghhhhhh tidak! Takut la awak eeiiii T_T

 

Template by Best Web Hosting