Saturday, January 29, 2011

Tips : Panduan Menulis Slogan Untuk Sebarang Peraduan!

UPDATE : Entry ni dah lama dah ada dalam draft. Cuma tunggu masa untuk dipublishkan. Ekceli aku buat entry ni sebab sejak akhir akhir ni banyak pulak rezeki menang contest bab bab slogan ni kan? Saje lah nak berkongsi tips. Kot kot boleh membantu korang semua. Sharing is caring kan?

Nak kahwin nak kahwin! Sebab nak kek omel macam ni. *sawan

Assalamualaikum, (cepat jawab!)

Hari ni nak kongsi tips sikit macam mana nak tulis slogan yang baik. Aku tak bagus menulis slogan atau sambung-sambung ayat ni. Nanti orang tengok semua hak tuih hak tuih baca. Hehe. Siapa kata kalau nak masuk pertandingan menulis slogan tu, susah? Bila Nampak dekat borang penyertaan pertandingan ada terpampang suruh sambung slogan terus renyuk renyuk borang campak dalam tong sampah Hello Kitty, comel tau ada tong sampah Hello Kitty kat rumah. :’)

Pertama kalau nak masuk pertandingan menulis slogan ke tulis tulis ayat yang kreatif kreatif, korang jangan cepat sedih menangis meraung raung. Sabar okay. Kemungkinan untuk menang memang tinggi sebab kebanyakan orang Melayu malas nak fikir fikir tulis ayat segala. Jadi, peluang untuk menang semakin cerah. Okay, di sini lah kita tackle contest tu.


Biasanya, setiap pertandingan atau peraduan menulis slogan ni, mesti ayat dia ala ala Saya suka makan megi kerana….. (lepas tu sambung tak lebih dari XXX patah perkataan kan?).

Macam biasa rakyat jelata, gunakan kemahiran membodek tahap maksimum. Kalau boleh kipas kaw kaw lagi chantek! Puji pujian mesti baek punya. Biar nampak macam heaven sikit ayat kau. Bila baca terus rasa macam duduk di awang-awangan. Okay, tipu. Macam duduk atas sofa jea.

Okay next, JANGAN MALAS buka kamus atau dictionary atau buku buku ilmiah. Nak lagi cun google google sikit bahan bahan yang ada. Biar juri baca ayat kau, Nampak macam pandai je tiap semester score 4.0 flat T___T. Tak apa, biar “nampak macam”, yang penting ada jugak. Kalau dah google google takkan tak boleh nak susun ayat bagi power sikit kot derr! Pandai pandailah goreng, masa jawab Sejarah SPM dulu kamain lagi kau goreng fakta kan? Guna lah sikit kemahiran tu.

Seterusnya, jangan kedekut. Tulis banyak-banyak kali tak apa. Asalkan puas hati usaha kau berbaloi nanti kalau menang. Ambik satu kertas kosong, jot down isi isi penting (wah, macam buat karangan UPSR nyah!). Lepas dah buat BEBERAPA slogan yang agak agak menarik hati ada can nak menang, bandingkan satu persatu yang mana lebih power.


Last but not least, lepas siap pilih mana slogan yang kau nak, bolehlah tulis atas kertas tu. Ingat, tulisan kena comel. Bukan ada bunga-bunga segala. Yang penting KEMAS dan MUDAH DIBACA. Ingat, MUDAH DIBACA. Kalau juling mata juri nak menengok tulisan hengko nescaya dalam tong lah borang ko nokk!

Terakhir tapi bukan sikit, eh last but not least. Jangan lupa berdoa banyak banyak. Mana lah tahu kan, kot kot menang ke kan? Nak lagi cun kau mintak lah orang tolong doa doakan sikit mana tahu berkat doa diorang tetiba menang pulak kan…?

**Ingat, jangan takut mencuba! Kalah tak apa, yang penting kita dah berusaha. Orang yang tak berusaha and cuba tu apa cerita pulak kan? Lagi lah nyee~~


LAST BUT NOT LEAST : Terima Kasih Abang Nuffnang tersayang. Sumpah sayang anda tawww. Semoga hubungan kita kekal selama-lamanya. Wah, gitu taw! Nak baca tak surat cinta Abang NUFFNANG aku? HEHE, malu pulaks (plural)! KELIK SINI lah bebeh! :D

2 love(s):

♥ AyaHikari ♥ said...

ape kaitan beg itu?huhu

miss minn said...

aya : tu namanya matlamat! muahahaha....

 

Template by Best Web Hosting